Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang apabila ada yang melabel amalan memakan Yee Sang adalah haram di sisi agama Islam.
Michael menerusi satu hantaran di Instagram turut melabel pihak tersebut sebagai bodoh selain menyatakan bahawa tradisi jamuan Yee San itu diperkenalkan di Malaysia sebelum menjadi ‘trend’ luar negara.
Siapa la yang ngok cakap makan yee sang tu haram. Yee sang bukan makan tradisional dari zaman Maharaja Cina ke apa.
Dah-dah la nak melagakan orang dan ajar ajaran sesat ni? Aku post ni pun sebab tadi dinner makan Yee Sang tiba-tiba anak buah saya 13 tahun tegur saya dan cakap dia tengok kat TikTok ada Ustaz cakap Yee Sang haram untuk kita orang Islam makan. Dia suruh saya jangan makan.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian Michael Ang itu telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.
Saya baru dengar penjelasan dari seorang ustaz di radio. Ada yang tanya pasal hukum kalau muslim join yee sang ni. Ustaz cakap tak salah, tak haram, dan tak menjadi dosa. Niat kita hanya untuk meraikan budaya, bukan ikut ajaran agama tersebut. Dengan syarat, bahan-bahan dalam yee sang itu semuanya adalah halal.
Yee sang haram, lion dance pun tak boleh tengok katanya berdosa, lari akidah. Kebudayaan kesenian dengan upacara adat agama pun tak reti nak beza ke?
Sekadar info, Yee Sang atau disebut sebagai Jamuan Yusheng adalah antara amalan tradisi setiap kali tibanya Tahun Baru Cina sebagai simbolik kepada kemakmuran, ‘tuah’ dan kebahagiaan menyambut perayaan itu bagi kaum Tionghua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.