“Dah Cukup Lima, Takkan Nak Beranak Lagi?” Sharifah Shahirah Akui Dah ‘Ikat Peranakan’

Hiburan

“Dah Cukup Lima, Takkan Nak Beranak Lagi?” Sharifah Shahirah Akui Dah ‘Ikat Peranakan’

Pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah yang lebih mesra disapa sebagai Shiera mengakui sudah mengikat peranakan ataupun bahasa saintifiknya, ‘Tubal Ligation’ selepas melahirkan anak kelimanya, lima tahun yang lalu.

Shiera IjoySumber : Instagram Sharifah Shahirah  

Shiera menjelaskan bahawa dia melakukan prosedur berkenaan atas saranan daripada pihak perubatan.

Advertisement

Ujarnya, doktor juga telah memaklumkan bahawa risiko tinggi perlu ditanggung jika dia bercadang untuk menimang anak pada usia mencecah 40 tahun.

“Sebab saya ni umur dah 40-an dan doktor ada beritahu yang saya masih subur lagi tapi berisiko dan tidak bagus untuk kesihatan diri. Selain berisiko, pelbagai komplikasi boleh berlaku. Jadi atas saranan doktor untuk saya ikat jadi saya ikut.”

Dia dalam pada itu turut memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan rezeki anak yang ramai hasil perkahwinannya bersama pelakon Ijoy.

Malah, tambah Shiera lagi, dia sememangnya tiada perancangan untuk menambah zuriat kerana baginya, bukan mudah membesarkan anak-anak dalam zaman sekarang.

“Saya dah cukup ada lima anak tak akan nak beranak lagi. Saya tak kisah pun janji saya sihat. Lagipun nanti saya takut lepas beranak ada macam-macam masalah dan bukan mudah untuk besarkan anak-anak.”

Sekadar info, Shiera mempunyai lima orang anak iaitu Allisya,22, Airell,15, Airra,12, Audra,10, dan Adeena yang kini berusia 2 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...