Sedia maklum, usahawan yang penuh dengan kontroversi iaitu Nur Sajat kini menetap di negara Australia. Dia ‘enggan’ pulang ke tanah air atas isu tertentu yang sedang melanda kepadanya serta melibatkan pihak berkuasa dan mahkamah.
Biarpun bapanya jatuh sakit beberapa bulan lalu, Sajat terlihat masih ‘berkeras’ untuk tidak pulang ke Malaysia dan hanya mengirimkan wang rawatan, selain meluahkan rasa rindu melalui video di media sosial.
Baru-baru ini, Sajat difahamkan telah terbang ke negara Singapura untuk bertemu dengan anak-anak angkatnya setelah sekian lama menyimpan perasaan rindu.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, hasrat untuk melepaskan rindu itu tidak tercapai setelah usahawan berkenaan tidak dibenarkan untuk masuk ke negara terbabit.
Melalui perkongsiaannya di laman Instagram, dia memaklumkan tidak dapat masuk ke negara berkenaan dan dihantar semula ke negara Australia.
Ummi dah buat yang terbaik untuk kita berjumpa. Maafkan ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia.
Sebelum ini Sajat sering datang ke Singapura atas urusan perniagaan dan itu merupakan kesempatannya untuk bertemu dengan anak-anak.
Sekadar info, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad sepatutnya berada di Singapura dari tarikah 16 September hingga 18 September untuk menghadirkan diri ke ekspo The Wedding Asia 2022.