“Dah Cuba Tahan Tapi Ternangis Juga” – Intan Ladyana Gagal Tahan Sebak Hantar Anak Ke Tadika

Hiburan

“Dah Cuba Tahan Tapi Ternangis Juga” – Intan Ladyana Gagal Tahan Sebak Hantar Anak Ke Tadika

Pelakon jelita, Intan Ladyana gagal menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Evie ke tadika.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok milik suami pelakon tersebut, Harris Alif, ia memaparkan Intan sedang masuk ke dalam kereta selepas menghantar Evie.

Advertisement

Bila cikgu dah dukung, Evie tak nangis dah.

 

Kita tengoklah dia sampai naik atas (bilik belajar).

Menurut Harris, pelakon itu sudah cuba sedaya upaya untuk menahan diri daripada menangis namun tidak berjaya.

Dah lama Mommy cuba tahan sedaya upaya tapi harini ternangis juga.

@harrisalifDah lama Mommy tahan sedaya upaya tapi harini ternangis jugak .. 🤪🤣♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi Intan dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama ketika menghantar anak mereka ke tadika.

komen tiktok

komen tiktok

Sebelum ini, Intan mendapat perhatian netizen apabila tidak dapat menahan sebak selepas Evie sudah pun memulakan persekolahannya di tadika.

Sekadar info,  Intan dan Harris telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Evie dan Umar yang kini berusia lapan bulan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

shiera ijoy jatt black dog bone dikecam pakai kasut dalam rumah
44 mins ago

"Kesian Jatt Pening, Dapat Pahala Allah Bagi" - Kaki Bekas Suami Disunting Tak Pakai Kasut, Shiera Ijoy Haru Dengan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...