“Dah Cuba Sehabis Mungkin” – Rasa Tenang Lepas Bercerai, Bekas Isteri Aziz M. Osman Enggan Buka Mulut Isu Orang Ke-3

Hiburan

“Dah Cuba Sehabis Mungkin” – Rasa Tenang Lepas Bercerai, Bekas Isteri Aziz M. Osman Enggan Buka Mulut Isu Orang Ke-3

Bekas isteri kepada pengarah filem Aziz M. Osman, Puteri Lily Lokman akhirnya memberi komen mengenai keputusan mereka berdua untuk bercerai setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Ujar Puteri, keputusan itu merupakan jalan terbaik dan mengakui mereka lebih tenang setelah bercerai.

Advertisement

Jelasnya, tiada sesiapa yang inginkan perceraian dalam rumah tangga namun menganggap sebarang konflik dalam perkahwinan adalah sesuatu yang tidak baik untuk anak-anak.

Bila tiada sefahaman, lebih baik berpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan Insya-Allah kami baik.

Apabila kamu berdua sudah bercerai, Alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini.

Tambahnya Puteri, dia sudah berusaha yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu dan menganggap ia sesuatu yang bukan mudah untuk ditamatkan.

Bila hidup ini rasa I’m done dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah sampai limit, dah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi. Saya sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal, namun sebab selebihnya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, ketika disoal adakah punca perceraian adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga, Puteri enggan mengulas lanjut kerana sudah berjanji dengan anak sulungnya, Puteri Nur Azzahra.

Saya tidak boleh komen banyak tentang isu ini kerana sudah berjanji dengan anak sulung saya. Malah ibu bapa saya pun tak tahu kami akan cerai, mereka sangat terkejut.

Terdahulu, ibu kepada dua orang anak itu telah mengumumkan secara rasmi bahawa dia sudah bercerai dengan Aziz sejak bulan lalu.

Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ini merupakan kali ketiga buat Aziz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aziz m osman
9 months ago

(TERKINI) Tiada Orang Ketiga, Aziz M. Osman & Puteri Lily Umum Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...