Semalam, semua platform heboh dengan berita pelakon, Mawar Rashid kembali tidak bertudung selepas tiga tahun berhijrah.
Terbaru, melalui Instagram Story pelakon itu, dia enggan mengulas secara lanjut mengenai isu kembali free-hair kerana sedar itu bukan tindakan yang patut dicontohi ataupun hal baik.
Bagaimanapun, Mawar kekal berusaha untuk perbaiki hubungannya bersama Allah SWT.
Dalam pada masa yang sama, aktres tersebut turut memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan ataupun membalas mesej individu yang bertanyakan keadaan dirinya sekarang ini.
Tambahannya lagi, dia juga memohon maaf kerana telah mengecewakan banyak pihak kerana gagal untuk istiqamah.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Mawar Rashid memuat naik dua foto di laman Instagram memaparkan dirinya bergambar di hadapan cermin tanpa memakai tudung.