Pelakon Datuk Aaron Aziz mendesak sebuah agensi pengurusan haji dan umrah, Persada Global Holidays untuk membayar hutang sebanyak RM65,000.
Menerusi hantaran di TikTok, aktor itu menuntut agensi terbabit yang menghilangkan diri untuk berjumpa dengannya dan melangsaikan hutang dengan segera.
Kepada Persada Global Holidays, hutang saya sebanyak RM65,000 masih belum selesai lagi. Saya dah telefon tapi tak berjawab, mesej tak dibalas. Pihak awak menghilangkan diri. Tolong selesaikan hutang saya secepat yang mungkin.
Pelakon yang terkenal dengan watak Malik itu memaklumkan bahawa agensi tersebut telah melanggar syarat yang termaktub di dalam satu perjanjian yang sebelum ini.
Aktor berusia 49 tahun itu juga berkata dia akan melantik peguam untuk menguruskan dan membawa isu ini ke peringkat undang-undang.
Kontrak dah tanda tangan untuk membuat bayaran secara ansuran tapi tidak amanahkan pembayaran. Yuran anak saya ke Amerika Syarikat siapa nak bayar? Nantikan surat peguam daripada pihak saya.
@therealaaronaziz Duit yuran sekolah anak saya ke America siapa nak bayar??!!! Nanti kan surat Dari peguam saya @PERSADA GLOBAL HOLIDAYS ♬ original sound – aaron aziz
Terdahulu, Aaron memaklumkan telah mendahulukan wang miliknya berjumlah RM90,000 kerana isu sekumpulan jemaah umrah terkandas akibat kesilapan yang dilakukan oleh Persada Global Holidays.