Pemilihan lokasi kediaman antara kesukaran yang dihadapi bakal pembeli. Kawasan persekitaran, fasiliti di sekeliling dan pelbagai lagi pertimbangan perlu diambil kira. Bagi mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang, S P Setia menyediakan kediaman di Setia Alam yang menjadi perintis untuk perumahan lestari, tempat kerja progresif dan kawasan kejiranan mesra.
Musika Homes adalah kediaman 2 tingkat dengan ciri-ciri menarik yang ada segalanya bagi memenuhi keperluan bakal pemiliknya.
Kenapa Musika Homes patut jadi pilihan?
Seperti namanya, Musika Homes menampilkan ciri rekaan yang berinspirasikan dari nota muzik untuk lanskap interaktif.
Kediamannya dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Paling istimewa, bilik utama direka dengan balkoni. Mahu menikmati matahari pagi sambil menghirup kopi, atau bercucuk tanam di taman mini? Terpulang kepada kehendak dan citarasa masing-masing.
Makanan yang terbaik sudah tentunya dari masakan di rumah. Untuk itu, Musika Homes menyediakan dapur kering dan basah yang luas bagi aktiviti masak-memasak sesama ahli keluarga. Tak perlu keluar pun boleh mengeratkan ikatan dengan menyediakan makanan dan menikmati hidangan bersama.
Keseimbangan kehidupan dan bekerja
Dalam fasa endemik ini, banyak syarikat yang menyediakan kemudahan bekerja secara hybrid di dalam pejabat atau di rumah. Kediaman ini juga meraikan penghuninya dengan ruang kerja fleksibel dan selesa untuk bekerja dari rumah.
Penat seharian bekerja sudah pasti perlukan rehat dan ketenangan kan? Bawa anak-anak atau teman pasangan ke taman berhampiran. Semuanya boleh dicapai dengan hanya berjalan. Taman ini mempunyai laluan untuk penghuni berjogging dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni, perumahan ini diawasi kawalan ketat pengawal. Selain itu, jalan keluar masuk juga terhad hanya satu untuk tujuan ini.
Musika Homes mempunyai 2 saiz untuk dipilih iaitu Altora Type C1 22’ x 75’ dengan keluasan 2,298 sehingga 2,519 kaki persegi. Bagi Altora C2 pula mempunyai saiz lot 22’ x 75’ dan berkeluasan 2,364 sehingga 2,520 kaki persegi.
Mulakan langkah pertama memiliki kediaman di sini: https://bit.ly/3SX0RAo. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Bandar Setia Alam atau lawati laman web S P Setia.