Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dah Buang Baju Seksi, Zizi Kirana Enggan Derma Takut Galakkan Orang Buat Dosa

Zizi Kirana

Penyanyi lagu Eh!, Zizi Kirana mendedahkan bahawa dia sudah membuang kesemua pakaian yang mendedahkan aurat dan seksi yang pernah digayakannya pada suatu ketika dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Ujar Zizi lagi, dia juga enggan memberikan baju-baju tersebut kerana bimbang ianya dapat menggalakkan orang lain melakukan dosa membuka aurat.

Dia menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui media sewaktu rakaman sebuah program televisyen pada petang semalam.

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Advertisement

“Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksi yang pernah dipakai sebelum ini. Saya tak ada niat nak bagi sesiapa, apa yang penting saya memang dah taka baju-baju macam tu. Ada juga orang tanya kenapa tak bagi orang lain, buat apa saya bagi orang baju-baju seksi? Nanti saya menggalakkan orang buat dosa pula.”

Ujar Zizi lagi, dia mula terdetik untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan selepas kehilangan ramai orang tersayang dalam hidupnya.

Namun, tambah penyanyi yang baru sahaja memenangi persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 ini lagi, dia tidak mahu terlalu drastik dalam melakukan perubahan kerana tahu dirinya sentiasa diuji dari segi iman dan sebagainya.

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Ketika ditanyakan mengenai soal bertudung, Zizi berkata dia memang mempunyai niat namun harus menyelesaikan komitmen kerja seperti yang sudah dipersetujui sebelum ini.

“Kerap juga saya fikir untuk memakai tudung, dan memang dah ada niat nak pakai cuma saya perlu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini. Saya hormati mereka juga, jadi saya tak boleh pentingkan diri sendiri.”

Perkembangan terkini, Zizi bakal tampil dengan beberapa lagu terbaru dalam tahun ini khas untuk peminat setianya di luar sana.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Armadan Hamdan

    April 5, 2021 at 7:08 pm

    BAGUS LA TUH

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top