Dah ‘Break Up’ 2 Minggu Lepas, Lelaki Tikam Bekas Kekasih Sebab Tolak Ajakan Keluar Bersama

Berita

Dah ‘Break Up’ 2 Minggu Lepas, Lelaki Tikam Bekas Kekasih Sebab Tolak Ajakan Keluar Bersama

Seorang lelaki dilaporkan ditahan pihak polis selepas didakwa menikam bekas kekasihnya menggunakan pisau serta turut mencederakan rakan mangsa.

Menurut Utusan, kejadian berlaku di kaki lima di Jalan Tun Sri Lanang kira-kira jam 6.20 petang kelmarin. Disebabkan itu, mangsa yang berusia 23 tahun cedera parah di tangan dan terus dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka.

Advertisement

viral langgar kereta bekas tunang
2 years ago

(VIDEO) Tak Puas Hati Hubungan Putus Di Tengah Jalan, Lelaki Langgar Kereta Bekas Tunang Sampai Remuk

Sementara itu, rakannya yang berusia 25 tahun pula cedera di bahagian telinga.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pasukannya telah bergegas ke lokasi namun suspek ketika itu terus melarikan diri.

Dua wanita yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital.”

Mangsa berkata suspek merupakan bekas kekasihnya berusia 22 tahun dan telah diserang kerana enggan keluar bersama lelaki itu selepas mereka menamatkan hubungan pada dua minggu lepas.

Dia telah menahan serangan menggunakan tangan sebelum rebah dan rakannya itu cuba membantu namun turut mengalami kecederaan di bahagian telinga.

Gambar kedua-dua mangsa dan kereta yang didakwa digunakan oleh suspek tular di aplikasi Twitter sebelum dia sendiri dilaporkan menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 2.30 petang semalam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...