Dah Bosan Jadi Selebriti, Pelakon Wanita Tukar Kerja Jadi Tukang Cuci & Tukang Kutip Sampah Pula

Dunia

Dah Bosan Jadi Selebriti, Pelakon Wanita Tukar Kerja Jadi Tukang Cuci & Tukang Kutip Sampah Pula

Seorang pelakon wanita mengakui dia sudah berasa bosan bergelar anak seni dan bertindak menukar kerjaya glamornya kepada tukang cuci dan pemungut sampah.

Pelakon jelita yang dimaksudkan itu adalah Choi Kang Hee yang berasal dari Korea Selatan dan dia memaklumkan sudah nekad melakukan pekerjaan itu kerana tidak pernah berasa gembira dengan apa yang dilakukan sepanjang terlibat dalam dunia hiburan.

Advertisement

Dah bosan jadi pelakon

Dia yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni sudah melakukan banyak pekerjaan antaranya mencuci restoran dan rumah selebriti.

Sudah tiga tahun saya tidak berlakon. Saya beritahu kepada keluarga untuk berhenti dan mereka setuju. Saya tukar nombor telefon dan beritahu kepada pengurus supaya tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

Saya sudah bekerja selama 25 tahun dan tidak rasa gembira. Saya mencuba sesuatu selain bidang lakonan. Jadi saya mengambil kelas penulis. Saya juga buat kerja sambilan di restoran sebagai tukang cuci. Saya juga menjadi tukang cuci di rumah selebriti.

Gembira meskipun tak glamor

Tambahnya lagi, dia berasa gembira melakukan kerja seperti itu meskipun tidak glamor dan memberi pendapatan yang lumayan.

Choi knag heeSumber : Portal  

Saya berkerja mengutip sampah hari ini di tengah malam. Sungguh seronok bekerja apabila tidak ramai orang berada di atas jalan.

Sekadar info, Choi Kang Hee yang merupakan pelakon dan juga DJ Radio ini pernah muncul dalam filem dan drama TV seperti Queen of Mystery, Hello, Me! dan banyak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hot daddy
3 months ago

Dikecam Bawa 'Ikon Pers*ndalan' Hot Daddy Ke Podcast, Influencer Pertahan Tindakan - "Pahit Manis Memang Kena Telan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...