Boleh dikatakan sekarang ini platform Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT semakin popular di kalangan masyarakat global untuk mendapatkan maklumat atau membantu menyelesaikan pelbagai pekerjaan.
Baru-baru ini, menerusi platform Threads, seorang individu telah berkongsikan cara untuk membantu mana-mana individu yang mahu mencari pekerjaan baharu dalam karier mereka.
Individu tersebut berkata aplikasi ChatGPT itu boleh membantu sesiapa yang ingin mencari pekerjaan yang sesuai dengan lebih pantas.
Berikut merupakan beberapa langkah untuk menggunakannya.
Langkah-langkah cari kerja melalui ChatGPT
Pertama, memasukkan jenis jawatan yang ingin dicari dan lokasi yang berada dalam julat lokasi yang anda mahukan di bahagian carian dalam aplikasi atau laman web ChatGPT.
Kedua, ChatGPT akan membantu menyesuaikan resume dengan kata kunci yang betul untuk pekerjaan tertentu. Tuliskan huraian kerja ke dalam bahagian carian dan minta platform tersebut untuk menunjukkan kemahiran serta kelayakan utama yang dicari oleh majikan.
Ketiga, gunakan ChatGPT untuk bantu menguraikan semula pengalaman pekerjaan agar sepadan dengan keperluan ini. Chatbot akan mencadangkan kata kerja yang sesuai dan istilah khusus industri untuk membuatkan resume lebih menonjol.
Akhir sekali, dapatkan maklumat mengenai latar belakang syarikat sekiranya diberikan peluang untuk menjalani sesi temuduga, di mana langkah ini boleh membantu dalam mempersiapkan diri dan meluaskan lagi pengetahuan mengenai syarikat tersebut.
View on Threads
Tak boleh terlalu bergantung dengan ChapGPT
Namun, ChatGPT adalah alat untuk membantu mencari pekerjaan baharu dan tidak boleh dijadikan sepenuhnya sebagai rujukan ketika melaksanakan tugas atau membuat keputusan penting yang berkaitan dengan kerjaya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.