“Dah Boleh Jalan Dan Makan” – Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Overdose’ Dadah Kini Pulih Sepenuhnya

Kehidupan

“Dah Boleh Jalan Dan Makan” – Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Overdose’ Dadah Kini Pulih Sepenuhnya

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan berita tentang seorang kanak-kanak berusia 4 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas diberikan dadah jenis Methamphetamine oleh bapa saudaranya.

Menerusi laporan terkini Astro Awani, kanak-kanak itu difahamkan sudah pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa .

Advertisement

Menurut ibu kepada kanak-kanak berkenaan, anak lelakinya makin bertambah baik dan sudah boleh makan, berjalan serta melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Alhamdulillah, anak saya sudah pulih. Saya sangat bersyukur, dia sudah mula berjalan dan makan seperti biasa. Dia juga dah mula aktif seperti biasa.”

Selain itu, dia turut menerangkan bahawa keadaan anaknya bertambah baik selepas mendapat rawatan rapi oleh doktor di Wad Kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Kuala Krai.

Tambahnya lagi, kanak-kanak itu hanya memberi respon dengan membuka mata, menggerakkan kaki dan tangan selepas seminggu dimasukkan ke Hospital HRPZ II.

Terdahulu, kanak-kanak itu berada di dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan semasa rawatan awal diberikan.

Bapa saudaranya itu dilaporkan telah pun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun kerana mendedahkan kanak-kanak kepada dadah.

bapa saudara bagi dadah pada anak saudara
2 years ago

Mengaku Bagi Dadah Morfin Pada Anak Saudara Hingga Kritikal, Lelaki Dipenjara 3 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...