“Dah Biasa Kena, Saya Gelak Saja Tengok Foto Itu..” – Anna Jobling Jawab Isu Bercumbu Dengan Pelakon Indonesia

Hiburan

“Dah Biasa Kena, Saya Gelak Saja Tengok Foto Itu..” – Anna Jobling Jawab Isu Bercumbu Dengan Pelakon Indonesia

Pelakon jelita, Anna Jobling akhirnya memberi respon berkenaan foto memaparkan dirinya dicium seorang aktor Indonesia, Karel Susanteo menjadi tular, tempoh hari.

Anna atau nama sebenarnya Ellisa Gustin Jobling memaklumkan bahawa foto tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement

Ya, gambar itu sunting. Terang-terang nampak benda itu edit kan. Sebenarnya saya dah biasa dengan benda seperti itu. Saya sebagai public figure memang dah biasa orang akan ada pendapat dan orang akan rasa ada hak untuk buat gambar macam tu untuk dikecam.

Saya rasa mereka nak perhatian saja. Sebenarnya mungkin hidup mereka bosan sangat, reaksi saya gelak saja bila tengok gambar tu dan saya pun dah biasa orang ambil kesempatan buat fitnah terhadap saya.

Dalam pada itu, Anna memaklumkan dia tidak berhubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana sibuk bekerja.

Anna Jobling beri respon isu foto bercium dengan pelakon Indonesia

Saya bercinta dengan kerja, jadi memang tiada masa sangat.

Sekadar info, tular foto memaparkan Anna dan Karel bercumbu yang didakwa diambil ketika sambutan ulang tahun kelahiran pelakon Indonesia itu pada May lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Nurhaliza bersenam curi tumpuan
2 months ago

"Moga Datuk K Lupakan Impian Nak Kahwin Lain" - Gelagat Siti Nurhaliza Bersenam 'Battle Rope' Buat Peminat Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...