Sejak kebelakangan ini, rasanya mesti ramai yang terdengar mengenai daging perap ‘Harimau Menangis’ kan? Walaupun sudah lama ada di pasaran, namun ianya kian tular kini. Bahkan dah ramai stokis daripada jenama berlainan yang pasarkan produk ini di serata Malaysia.
Malah ibu Neelofa iaitu Noor Kartini turut dikenali sebagai ‘tauke’ kepada ‘Harimau Menangis’ ini dan saban hari berkongsi mengenai produk tersebut di laman Instagram miliknya.
Pun begitu, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba netizen mula berdebat mengenai isu daging ‘Harimau Menangis’ ini apabila usahawan tersebut dikatakan telah pun trademark nama produk itu sebagai miliknya baru-baru ini. Bahkan pemohonan di bawah nama Noor Kartini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) turut tersebar di serata media sosial.
Menurut netizen, nama ‘Harimau Menangis’ sudah pun digunakan sejak sekian lama lagi oleh ramai peniaga lain dan menyelar tindakan Noor Kartini mengambil nama tersebut sebagai haknya.
Malah ada netizen yang berkongsi bahawa ‘Harimau Menangis’ sebenarnya ialah nama pada bahagian lembu dan sering digunakan dalam kalangan peniaga daging lantas tak sepatutnya pun dijadikan sebagai trademark.
Lebih menimbulkan kritikan ramai apabila Noor Kartini menerusi laman Instagram miliknya ada menyebut bahawa nama ‘Harimau Menangis’ kini adalah miliknya dan tidak boleh digunakan lagi oleh orang lain.
“Letaklah nama harimau mengilai ke, harimau beranak ke, harimau kentut ke.”
Maka tirai PKP 2.0 dimulakan dengan hencapan nurtizen terhadap keluarga Kardashian Kelantan yang cuba daftarkan trademark Harimau Menangis untuk menghalang peniaga lain menggunakan nama yang sama ???? Padahal, sejak zaman hang tuah lagi nama tu dah wujud pic.twitter.com/xLQhLAmsjy
— Alan Al Padat (@IniAlannn) January 13, 2021
Selepas diteliti semula, segelintir netizen menjelaskan bahawa Noor Kartini hanya trademark gaya penulisan ‘Harimau Menangis’ itu dan nama tersebut masih boleh digunakan orang ramai.
Tak cukup dengan itu, ada netizen yang berkongsi bahawa semua masih boleh lagi membantah permohonan Noor Kartini tersebut kerana ianya masih lagi dalam proses dan belum lagi diluluskan.
Anda rasa bagaimana?