Dah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah? Hael Husaini Tampil Beri Penjelasan – “Saya Hanya Fokus Dengan Karier..”

Hiburan

Dah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah? Hael Husaini Tampil Beri Penjelasan – “Saya Hanya Fokus Dengan Karier..”

Penyanyi popular, Hael Husaini tampil menafikan dakwaan yang dirinya sedang mengikat tali pertunangan dengan Dayang Nurfaizah seperti yang diperkatakan oleh orang ramai baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Hael berkata, segala spekulasi yang timbul tidak datang daripada dirinya dan dia meminta agar orang mendoakan yang terbaik buat kerjaya seninya khususnya projek album Antonim Part 2.

Advertisement

hael husaini

Apa saja yang keluar bukan datang daripada saya. Jadi kepada anda semua, doakan yang terbaik untuk Antonim Part 2.

Mengulas tentang keterujaan peminat yang sering ‘menjodohkan’ mereka, Hael secara jujur mengakui bahawa sebagai seorang artis, dia tidak mampu mengawal imaginasi atau harapan peminat terhadap dirinya.

Katanya, itu adalah lumrah dunia hiburan yang perlu diterima dengan hati terbuka.

hael husaini

Saya tak ambil apa yang mereka lakukan itu terlalu serius.

 

Saya hanya fokus dengan karier dan akan terus melakukan yang terbaik kepada mereka yang menyokong perjalanan seni saya.

Sebelum ini, kecoh di TikTok mengenai dakwaan penyanyi itu sudah melangsungkan pertunangan dengan Dayang.

dayang nurfaizah didakwa bercinta dengan hael husaini
1 week ago

Gara-Gara Aksi Mesra Di Pentas, Dayang Nurfaizah Kini Dilamun Cinta Dengan Hael Husaini? Ini Jawapan Tuan Badan...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...