Dah Bertemu ‘Seseorang’, Ezlynn Akui Hati Sudah Dimiliki Jejaka Bukan Melayu

Hiburan

Dah Bertemu ‘Seseorang’, Ezlynn Akui Hati Sudah Dimiliki Jejaka Bukan Melayu

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang jejaka istimewa.

EzlynnSumber : Instagram Ezlynn  

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin,39, berkata pada ketika ini dia sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bukan melayu sejak lebih setahun lalu.

Advertisement

Ujar Ezlynn lagi, dia selesa berkawan dengan si dia kerana sikapnya yang memahami serta berfikiran matang.

View this post on Instagram

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, dia orang biasa saja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.”

Jelas penyanyi wanita ini lagi, pertemuan dirinya dengan jejaka tersebut bermula ketika mereka berdua rajin melibatkan diri dalam aktiviti sukan badminton sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ketika ditanya mengenai perancangannya untuk bergelar isteri kembali setelah rumah tangga bersama bekas suaminya yang terdahulu musnah di tengah jalan, Ezlynn berkata bukan mudah buatnya untuk memulakan perhubungan yang baru.

View this post on Instagram

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

“Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada, cuma bila ia tidak menjadi membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.”

Tambah Ezlynn, dia kini sudah selesa dengan keadaan dirinya kini kerana boleh hidup sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

Namun, pelantun lagu Pening ini berkata dia hanya menyerahkan urusan jodoh dan pertemuan kepada Yang Maha Esa dan menerima seadanya.

Terdahulu, Ezlynn telah bercerai dengan bekas suami yang juga pengurus peribadinya, Adam Fahmy pada Oktober 2017 yang lalu.Hasil perkongsian hidup mereka berdua tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...