“Dah Bertahun Dalam Penyelenggaraan!” – Netizen Bengang OKU Terpaksa Naik Tangga Sebab Lif Rosak

Kehidupan

“Dah Bertahun Dalam Penyelenggaraan!” – Netizen Bengang OKU Terpaksa Naik Tangga Sebab Lif Rosak

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna yang berkongsi gambar memaparkan seorang indivudi kurang upaya (OKU) yang mengguna tongkat bahu terpaksa menggunakan tangga.

Menerusi ciapan tersebut, pengguna itu turut meluahkan rasa kecewa apabila lif dan escalator di tempat pengangkutan awam itu sering rosak dan tidak mesra pengguna OKU.

Advertisement

Difahamkan, kejadian berlaku di LRT Stesen Ampang Park dimana isu lif dan ecsalator rosak bukanlah satu perkara yang baharu dan sudah banyak kali diberi aduan.

lif

Escalator & lif Ampang Park rosak sejak tahun lepas. Kesian abang OKU ni kena panjat tangga..

Dalam pada itu, pihak RapidKL telah menjawab ciapan tersebut namun jawapan yang diberi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Hai, lift di stesen Ampang Park masih lagi di dalam penyelenggaraan. Pelanggan boleh minta bantuan staff di kaunter. Staff boleh bantu,” tulis RapidKL.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen mempersoalkan jawapan yang diberi dan menganggap kenyataan itu sebagai tidak profesional.

Dah bertahun lift ko tu dalam penyelenggaraan! alasan lah! – Netizen.

Nak minta bantuan macam mana tu? nak suruh angkat orang tu sampai atas ke?,” tulis seorang pengguna Twitter.

gelandangan
3 years ago

Dihentak 20 Kali Dengan 'Handphone', Wanita Cedera Teruk Disamun Gelandangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...