Dah Bersuami Baru, Dr Erin Akhirnya Temui Pengganti Da’i Farhan

Hiburan

Dah Bersuami Baru, Dr Erin Akhirnya Temui Pengganti Da’i Farhan

Bekas isteri kepada pendakwah media sosial Da’i Farhan, Dr Erin khabarnya sudah pun mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan bekas suaminya itu pada 27 April 2020.

dr erin sekar nombor da'i farhan
5 years ago

Hidup Lebih Tenang, Dr Erin Sekat Nombor Da'i Farhan Dan Halang Bertemu Dengan Anak Selepas Lahir Nanti

Advertisement

Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi memberi bayangan tersebut menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya, baru-baru ini.

Dr Erin Sumber : Astro Gempak  

Ujarnya, dia berasa sangat bersyukur kerana sudah merasai erti kebahagiaan sebenar sambil memaparkan foto pasangannya itu di Instagram.

Alhamdulillah Ya Rabb sang pemilik hati yang meminjamkan hari seorang hambaMu yang bernama ‘Dia’.. Tak pernah rasa obses dengan seseorang macam ni aihh…

Tambah Dr Erin lagi, dia juga bertuah kerana memiliki seorang suami yang banyak membantu dalam kehidupannya kini.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai peminat serta pengikut wanita itu tampil mengucapkan tahniah di atas berita gembira itu.

Dr Erin Dai FarhanSumber : Google  

Terdahulu, nama Dr Erin menjadi sebutan ramai berikutan kisah pernikahannya bersama Da’i Farhan di Tanah Suci Mekah sebagai isteri kedua sebelum bercerai beberapa bulan kemudiannya.

Dia juga merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak serta pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali sebelum menikahi pendakwah bebas tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...