Dah Bersedia Untuk Menonton Rancangan Di Skrin Besar ‘Outdoor’ Secara Percuma? Ini Untuk Anda!

Gaya Hidup

Dah Bersedia Untuk Menonton Rancangan Di Skrin Besar ‘Outdoor’ Secara Percuma? Ini Untuk Anda!

Pernahkah anda bermimpi untuk duduk bersantai di atas kerusi empuk ‘bean bag’ misalnya bersama rakan-rakan dan keluarga di luar, menikmati snek ataupun makanan bertaraf 5-bintang sambil menonton filem di bawah langit malam yang berkilauan?

Jika ya, pengalaman hebat ini adalah untuk anda!

Advertisement

Perkenalkan ‘Layar Bawah Bintang’ – dibawakan khas kepada anda oleh GrabFood 5-Star.

Bersedialah untuk merasai pengalaman menonton filem secara ‘outdoor’ dengan skrin besar yang cukup mengagumkan.

Acara ini lebih daripada sekadar menonton filem; anda akan disajikan dengan pelbagai makanan, minuman, persembahan muzik yang memukau, pastinya menerbitkan suasana santai yang tiada tandingan.

Pelbagai acara akan berlansung selama tiga minggu bermula 6 hingga 21 September 2024 ini, jelajah ‘Layar Bawah Bintang’ akan menjelajah tiga negeri, di mana ia akan memberi pengalaman menonton filem ‘blockbuster’ serta tema kekeluargaan terbaik; khas untuk anda!

Layar bawah bintan Grab Food

Siap sedia dengan bakul serta tikar piknik anda, dan sertai kami!

Antara aktiviti-aktiviti mengujakan yang menanti anda:

 

1. Filem Hebat di Bawah Bintang

Layar Bawah Bintang akan menayangkan barisan filem popular seperti karya aksi psikologi  Desolasi dibintangi pengarah terkemuka, Syamsul Yusof.

Bukan itu sahaja, tayangan khas sebanyak dua episod drama romantik komedi From Saga With Love dari VIU khas untuk anda, sebagai ‘persediaan’ untuk musim kedua yang akan ke udara akhir tahun ini.

Layar bawah bintang grab food

Pada hari kedua, saksikan aksi tanpa henti dengan filem Abang Long Fadil dan Abang Long Fadil 2; ditayangkan berturut-turut yang pasti membuatkan anda tak berhenti mengalir adrenaline.

Layar bawah bintang grab food

2. Beg Hadiah PERCUMA Bernilai Lebih RM100++

Pengunjung acara Layar Bawah Bintang yang terawal akan menerima beg hadiah istimewa bernilai lebih RM100! Antara hadiah yang akan menjadi milik anda; Marigold Peel Fresh, penghalau nyamuk Autan, produk Seri Murni dan beberapa kejutan lain yang membuatkan hari anda lebih istimewa!

 

3. Hidangan Kopi Dan Snek Ringan

Layar bawah bintang grab food

Berita menarik yang lain, para pengunjung akan dihidangkan dengan kopi serta snek percuma! Hebat kan? Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke van Kombi GRAB seawal boleh bagi menikmati secawan kopi panas dan snek sebelum habis!

 

4. Pesta Makanan Terhebat Bersama GrabFood 5-Star Menanti!

Tidak cukup filem hebat serta snek percuma, GrabFood 5-Star akan memastikan anda mendapat yang terbaik kerana mereka akan membawa masuk pilihan restoran popular seperti ayam goreng Korea Kyochon hinggalah ke spageti lazat dari Pasta Port di tapak acara.

layar bawah bintang grab food

Pilihan 5-Star GrabFood menawarkan hidangan dan restoran terbaik, semuanya dinilai tinggi dan dikaji oleh berjuta-juta penggemar makanan di seluruh negara.

Menurut laporan Trend Makanan dan Runcit Grab 2023 * , sebanyak 91% pengguna Malaysia yang menggunakan aplikasi Grab telah menemui restoran dan kedai baru yang menarik yang belum pernah mereka cuba sebelum ini.

Semua makanan kegemaran anda, di satu tempat, sambil menikmati filem-filem hebat. Hmm macam best kan…

 

5. Persembahan Artis Tempatan Yang Mengujakan

Korang tunggu! Sebab ada lebih lagi dari GrabFood kerana untuk menjadikan acara ini kekal diingati, Layar Bawah Bintang akan menampilkan artis tempatan terkenal untuk menghiburkan anda.

Antara barisan artis hebat yang telah diumumkan laman rasmi @layarbawahbintang setakat ini:

layar bawah bintan grab food

Layar bawah bintang ggrab food

Layar bawah bintang grab food

Menarik kan? Persembahan mana yang paling anda teruja nak tengok?

Dah teruja? jom ketahui cara untuk menyertai acara ini kerana ia adalah PERCUMA dan anda hanya perlu mendaftar di SINI!

Jangan lupa layari laman sosial rasmi Layar Bawah Bintang di Facebook, Instagram dan TikTok untuk maklumat lebih lanjut.

(Psst! dan jangan lupa untuk BTS (Bawa Tikar Sendiri)! Jumpa anda di sana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...