Anak tiri kepada penyanyi Nora Ariffin dilihat meluahkan perasaan di TikTok mengenangkan rumah tangga bapa bersama ibunya kini.
Dalam hantaran tersebut, individu dikenali sebagai Alia Rushdi itu dirakam memuat naik beberapa keping foto ibu dan bapanya.
Dia juga menulis kapsyen berbau sedih dan sayang terhadap warisnya itu.
Yang sudah berkahwin berpuluh tahun ini yang senyap. Tak ada tayang menayang, hidup bersederhana.
Di alam semesta yang lain, mungkin hanya mereka berdua sahaja. Mungkin hanya mama dan baba, tidak ada orang lain.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati melihatkan konflik yang berlaku terhadap bapa dan ibu tirinya, Nora Ariffin.
Ada yang juga memuji ketabahan ibu Alia yang dikenali sebagai Puan Rose dan menyifatkan wanita sebagai baik dan lemah lembut.
Terdahulu, penyanyi Nora Ariffin mendedahkan dia digelar wanita sundal dan kata-kata yang tidak baik oleh anak tirinya.
Namun, Alia tampil menafikan dakwaan tersebut dan berkata dia mungkin akan mendedahkan segala bukti perbualan yang menunjukkan Nora juga pernah memaki hamun keluarganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.