Pelakon Sherry Ibrahim akui kecewa apabila kisah-kisah lamanya kembali diungkit dan menjadi bualan hanya untuk tujuan menyebarkan kebencian di media sosial.
Menerusi Instagram, Sherry menegaskan dia sudah lama berdamai dengan masa lalunya dan berharap agar semua pihak tidak lagi menyebarkan perkara yang tidak benar.
Saya dah boleh berdamai dengan masa lalu saya, kenapa ada yang masih tak boleh? Tolonglah jangan ungkit cerita lama yang anda sendiri pun tak tahu sepenuhnya. Ia hanya menyakitkan dan menambah kebencian yang tak perlu.
“Semua orang ada masa lalu, tapi itu bukan alasan untuk anda guna kisah itu sebagai senjata. Jangan sakiti saya hanya untuk puaskan rasa negatif dalam hati. Kenapa nak ungkit dan post cerita lama? Kalau Sherry sendiri dah redha dan berdamai dengan takdir. Tak perlu ada yang tambah dosa dengan memburukkan lagi keadaan,” luah Sherry.
Aktres berusia 42 tahun itu juga berkata tidak semestinya tidak berkahwin lagi itu bermaksud dia tidak bahagia selain turut mendoakan agar ‘haters’ mempunyai sifat empati.
Tak semestinya saya belum berkahwin sampai hari ini bermaksud saya tak bahagia. Dari pihak saya, Sherry reda dan berserah. Saya juga selalu doakan yang terbaik untuk semua, dan sentiasa percaya pada takdir dan proses dari Allah SWT. Hanya Allah yang menentukan segalanya. Sumpah sedih dan penat.
Sherry juga turut menyeru agar orang ramai lebih memberi tumpuan kepada isu-isu semasa yang jauh lebih penting berbanding menyerang kehidupan peribadi seseorang.
Dalam pada itu, Sherry juga berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokongnya selama ini dengan kasih sayang dan kebaikan.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.