Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin ada memaklumkan bahawa keadaan kesihatan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya berada dalam keadaan yang tidak baik.
Malah, Fattah turut memberitahu bahawa dia gagal berjumpa Fatima selepas beberapa kali berkunjung ke rumah bekas isterinya, Nur Fazura.
Dah beberapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima. Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua.
Aktor itu juga memuat naik foto anaknya itu yang sedang makan ubat di Instagram Story.
Namun tidak dijelaskan penyakit sebenar yang menyerang si kecil itu.
Sekadar info, Fazura dan Fattah telah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Susulan perceraian itu, hak penjagaan anak mereka jatuh kepada Fazura dan Fattah diberikan hak melawat dan bermalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.