Dah Bayar Tapi Lupa Isi Petrol, Pekerja Stesen Minyak Gigih ‘Cari’ Fauzi Nawawi Nak Pulangkan Duit

Hiburan

Dah Bayar Tapi Lupa Isi Petrol, Pekerja Stesen Minyak Gigih ‘Cari’ Fauzi Nawawi Nak Pulangkan Duit

Pelakon berbakat, Fauzi Nawawi ada berkongsikan sebuah kisah teladan yang telah melanda dirinya, baru-baru ini.

Menurut pelakon filem Munafik 2 ini, dia sering saja terlupa mengisi minyak sebaik saja membayar di kaunter pembayaran.

Advertisement

Malah, perkara itu difahamkan telah terjadi sekali lagi dan yang menarik perhatian adalah apabila pekerja stesen minyak tersebut gigih mencari Fauzi di Instagram kerana ingin memulangkan duit yang dibayar olehnya.

“Hari ini dah kali ke-4 jadi camni. Masuk stesen minyak bayar duit beli air tin kemudian masuk kereta terus jalan. Sampai separuh jalan baru teringat minyak tak isi pun tapi duit dah bagi. Korang pernah jadi tak? Nak pusing balik memang tak mungkin sebab dah masuk highway. Dah paksa hati untuk redho. Tak sangka pula malam-malam ini ada hamba Allah yang sanggup cari saya kat IG untuk pulangkan balik.”

Tambah suami kepada pelakon Lisdawati itu lagi, tindakan pekerja stesen mintak itu disifatkan sebagai jujur dan mulia kerana sanggup mencari dan bersusah payah untuk memulangkan kembali wang yang telah dibayarnya itu.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut serta peminat bintang Anak Halal itu tampil memuji tindakan pekerja tersebut dan turut menasihatkan Fauzi agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...