Bagi individu yang mempunyai pendapatan dikenakan cukai, potongan cukai biasanya dibuat melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB) oleh majikan.
Namun, setiap individu masih diwajibkan untuk memfailkan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan pengiraan cukai yang tepat dapat dibuat berdasarkan pendapatan sebenar.
Sekiranya jumlah PCB yang dipotong melebihi cukai yang sepatutnya dibayar, lebihan bayaran tersebut boleh dipulangkan semula kepada pembayar cukai.
Memandangkan pembayaran cukai telah dibuat melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB), ada individu yang beranggapan mereka tidak lagi perlu mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tak Isytihar Pendapatan Boleh Sebabkan Potongan CP38
Walau bagaimanapun, menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, seorang individu tampil menjelaskan cukai PCB hanyalah satu bentuk pembayaran awal yang bermakna ia bukan jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar.
Katanya, jika individu tersebut tidak mengisytiharkan pendapatan, ada kemungkinan tambahan potongan CP38 pada slip gaji iaitu tunggakan cukai yang masih belum dibayar terhadap LHDN.
Sekiranya terdapat cukai tambahan yang dikenakan disebabkan PCB yang tidak mencukupi tetapi individu tidak membuat bayaran, pihak LHDN akan memaklumkan majikan agar membuat potongan CP38.
Individu tersebut turut memberi nasihat agar orang ramai mengisytiharkan pendapatan kepada pihak LHDN dan membuat bayaran cukai secara terus. Jika tidak, berkemungkinan penalti akan dikenakan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.