Dah Bawa Jumpa Ibu Bapa, Fatiya Latiff Rancang Kahwin Tahun Depan

Hiburan

Dah Bawa Jumpa Ibu Bapa, Fatiya Latiff Rancang Kahwin Tahun Depan

Pelakon sensasi, Fatiya Latiff memaklumkan dia bakal menjadi isteri orang pada tahun hadapan.

Ditemui media baru-baru ini, Fatiya turut mendedahkan bahawa dia sudah membawa jejaka pilihan hatinya itu bertemu ibu bapa.

Advertisement

Saya akan kahwin, Alhamdulillah. Nantikanlah. Insya-Allah awal tahun hadapan. Saya pun dah bawa dia jumpa ibu bapa.

Kongsinya lagi, jejaka itu juga mempunyai personaliti berbeza berbanding lelaki-lelaki yang pernah mendekatinya sebelum ini.

Dalam pada itu, pelakon yang mula meningkat naik setelah membintangi drama rangkaian Ariana Rose mengakui dia mengalami tekanan gara-gara komen kecaman netizen sebelum ini.

Fatiya rasa dulu memang seorang ‘party girl’. Fatiya major depression sebab komen-komen orang. Tapi buat masa sekarang ni, Fatiya dah cukup kuat untuk hadapi perkara ini sebab Fatiya rasa benda tu negatif, jadi saya dah tak layan perkara itu.

Terdahulu, Fatiya Latif dihimpit kontroversi apabila dia mengkritik pelakon Zahirah Macwilson dan suami, Aiman Hakim Ridza di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cctv dedah siti pernah buat cpr dekat yasmin ahmad
4 months ago

CCTV Dedah Siti Nurhaliza Pernah Beri Bantuan Pernafasan Kepada Yasmin Ahmad Saat Diserang Angin Ahmar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...