Seorang ayah baru-baru ini meluahkan rasa buntu perlu menghadapi situasi di mana anak perempuannya sukar untuk dikawal biarpun sudah cuba sedaya upaya menjadi ibu bapa yang terbaik.
Melalui perkongsiaan di laman Twitter, anak perempuannya yang kini sudah berusia 16 tahun berubah menjadi liar hinggakan sanggup mengadai maruah diri sendiri.
Katanya lagi, dia sebagai bapa sudah mencuba pelbagai cara untuk menjaga anak perempuannya itu dengan baik tetapi tetap gagal.
Masalah serius ni.
Nk prevent bnda ni, bukan sahaja kena didik anak betul2, tp environment kita tinggal dan anak2 membesar (sekolah, kawan2, masyarakat, etc) pun kena pilih baik2.
Hence the saying “takes a village to raise a child”. pic.twitter.com/gGve4Nd3Cz
— ??????? ???? ??????????. ?? (@ibjela) June 21, 2023
Susulan rasa diri gagal mendidik anak, individu tersebut meluahkan rasa buntu kerana tidak boleh mengawal kelakuan buruk anaknya itu.
Dalam pada masa yang sama, lelaki terbabit turut meminta nasihat sama ada anak perempuannya itu perlu dikahwinkan di usia 16 tahun ataupun guna cara lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menasihati individu tersebut untuk tidak mengahwinkan anaknya di usia muda dan memberi beberapa cadangan lain seperti menghantarkannya ke sekolah pondok.