Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi dihimpit kontroversi apabila seorang wanita mendedahkan perangainya tidak pernah berubah seperti yang dikatakan dan masih lagi ‘buaya darat’. Ligat menabur ayat manis menggoda gadis-gadis di luar sana.
Seperti yang dijangka, dia dikecam teruk dan rata-rata netizen mengatakan Aliff tidak akan berubah. Sekali curang, pasti akan curang lagi selepas ini.
Namun, menerusi muat naik terbaru di Instagramnya, Aliff sedikit pun tidak melenting dengan kontroversi terbaru mengaitkannya itu. Masih boleh tersenyum membaca komen-komen kecaman yang dilemparkan kepadanya serta mendoakan Allah SWT merahmati semua orang yang bercakap mengenai dirinya.
Terdahulu, bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah berkata, apa yang berlaku sebelum ini membuatkan Aliff hilang keyakinan diri. Bagaimanapun dia sedang berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama.