“Dah Asyik Sibuk Hal Orang Je” – Akui Hampir Lupa ‘Anniversary’, Caprice Diperli Netizen

Hiburan

“Dah Asyik Sibuk Hal Orang Je” – Akui Hampir Lupa ‘Anniversary’, Caprice Diperli Netizen

Baru-baru ini, penyanyi rap sensasi iaitu Caprice telah memuat naik hantaran di laman Instagram menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat isterinya, Farra Inalis selepas genap setahun mereka berumah tangga.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengakui hampir terlupa tentang hari ‘anniversary’ mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Advertisement

Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu turut mendedahkan riak wajah isterinya berubah menjadi ‘moody’ sejak semalam kerana terlupa mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Tak sangka dah 1 tahun, semalam ada orang macam moody, kita pun tak tahu apa punca, selepas 1 hari kerja baru ingat, ohhhhhh.. anniversary…

Terima kasih sebab sudah bersabar selama 12 bulan bersama lelaki paling kontroversi di Malaysia.

Dalam pada itu, Caprice mengakui kesilapannya kerana terlalu sibuk dengan kerja dan selalu mengheret isterinya ke dalam pelbagai drama sepanjang 12 bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Minta maaf juga kerana tidak selalu menjadi yang terbaik dan selalu kena bersabar dengan pelbagai drama.

Bukan itu sahaja, aktivis kemanusiaan itu turut meninggalkan pesanan buat pemuda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga supaya sentiasa peka dengan hari ‘anniversary’ selain meletakkan penggera tiga hari sebelum tarikh.

Set alarm 3 hari sebelum anniversary, 2 hari sebelum anniversary, 1 hari sebelum anniversary, dah 1 min sebelum anniversary. InsyaAllah selamat.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada mereka berdua.

Malah, ada pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman apabila turut terlupa tarikh ‘anniversary’ perkahwinan sehingga berlaku ‘peperangan’ kecil.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang memerli Caprice terlupa tarikh perkahwinan kerana terlalu sibuk ‘campur tangan’ dalam hal orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Bergayalah Untuk Ira Kazar" - Kongsi Selfie, Syamsul Yusof Teruk Dikecam Warganet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...