Baru-baru ini penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti dan bekas suaminya, Anang Hermansyah dilaporkan berduet secara spontan di sebuah konsert sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Ini berikutan kedua-duanya pernah mencetuskan kontroversi di mana Kris berlaku curang dengan Anang sehingga hamil hasil perselingkuhan dengan suaminya kini, Raul Lemos.
Malah, anak Kris dan Anang, Aurel juga tidak segan dan malu mengaku bahawa dia membenci ibunya sendiri.
Setelah berbelas tahun bercerai, nampaknya hubungan antara kedua-dua penyanyi ini semakin baik dan tiada dendam.
Ia terbukti apabila Anang menyambut permintaan bekas isterinya untuk berduet bersama-sama di konsert Kris Dayanti yang berlangsung pada hari Selasa lalu.
@tribunjambi MOMEN ANANG HERMANSYAH & KRISDAYANTI DUET LAGU CINTA USAI BELASAN TAHUN CERAI #ananghermansyah #krisdayanti #anangkdduet #tiktoktainment
Malah, isteri kepada Anang kini, Ashanti turut mendedahkan bahawa dia sikitpun tidak berasa cemburu melihat keadaan itu.
Saya senang dan okay kerana namanya sudah seperi kakak adik. Sudah seperti keluarga, sudah tidak ada fikiran yang aneh-aneh lah.
Ujarnya lagi, dia tidak kisah melihat Anang dan Kris berduet lagu hits mereka yang berjudul Cinta kerana sememangnya karya tersebut hak milik kedua-duanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.