Baru-baru ini, di laman Facebook, tular satu perkongsiaan seorang individu yang berasa harian kerana ibu bapa seperti sama-sama bersetuju bahawa berhentikan anak dari menuntut ilmu di sekolah adalah keputusan betul.
‘Trend’ berhentikan anak sekolah
Antara alasan yang dapat dilihat adalah ibu bapa mahu anak lebih fokus dengan ilmu agama dan merasakan ilmu dunia sama sekali tidak penting untuk dipelajari.
Jimat belajar di rumah
Dalam pada itu, ada juga yang merasakan anak hanya perlu pergi ke sekolah sewaktu minggu peperiksaan saja dan tiada kepentingan untuk pergi hari biasa.
Bahkan, golongan ibu bapa yang bersetuju dengan ‘trend’ itu turut mendakwa lebih baik belajar di rumah (mereka yang mengajar) dengan buku mata pelajaran yang boleh di beli secara atas talian dan itu boleh menjimatkan kos perbelanjaan.
Cara pemikiran golongan ibu bapa ini dilihat membimbangkan dan rata-rata netizen tidak setuju kerana anak masih kecil perlukan kemahiran sosial untuk perkembangan mereka.
Sekadar info, ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) jika gagal menghantar anak pergi ke sekolah.