“Dah 8 Bulan Ni Kan, Ada Pengganti?” – Netizen ‘Panas’ Dengar Pertanyaan Rosyam Nor Untuk Shuib?

Hiburan

“Dah 8 Bulan Ni Kan, Ada Pengganti?” – Netizen ‘Panas’ Dengar Pertanyaan Rosyam Nor Untuk Shuib?

Semalam, berlangsungnya anugerah yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada jam 9 malam.

Ramai barisan selebriti yang hadir ke anugerah berkenaan untuk memeriahkan lagi dan juga memenangi anugerah-anugerah yang ada.

Advertisement

Bagaimanapun, satu isu telah pun terbangkit dan ia melibatkan pertanyaan pelakon veteran Rosyam Nor kepada pelawak, Shuib Sepahtu.

Pelakon berkenaan telah bertanya kepada Shuib mengenai pengganti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah di khalayak umum dan netizen merasakan pertanyaan tersebut telah membuat pelawak itu berasa tidak selesa, namun masih berkelakuan professional.

Malah, netizen turut merasakan Rosyam tidak sepatutnya bertanya kepada Shuib soalan seperti itu kerana isu terbabit sangat sensitif biarpun di anggap sudah lama berlaku.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen melabelkan pelakon veteran itu tidak mempunyai common sense dan tidak berfikir dahulu sebelum bertanya soalan sedemikian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

BACA: “Dasar Biawak Hidup” – Lelaki ‘Sweden’ Kahwini Skandal Di Langkawi, Bekas Isteri Dilayan Macam Hamba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...