March 16th, 2016

Ramai yang terkejut dan bersimpati dengan nasib Remy Ishak yang kehilangan kereta kesayangannya sekitar malam tadi.

Menjelaskan perkara tersebut kepada media, Remy memberitahu ketika itu beliau baharu sahaja pulang daripada latihan teater Cindua Mato.

Akibat penat menjalani latihan teater, kakinya terseliuh dan beliau pergi ke kedai berhampiran untuk membeli ais. Selepas keluar daripada kedai, Remy mendapati keretanya sudah dicuri.

Ketika itu, saya baru pulang daripada latihan teater Cindua Mato di Istana Budaya (IB). Dalam latihan malam tadi, kaki saya terseliuh. Lalu saya pergi ke kedai serba guna terbabit untuk membeli ais. Kereta saya letakkan di hadapan premis berkenaan. Tak sangka selepas keluar dari kedai itu, kereta saya lesap.

Remy merasa ralat kerana kenderaan jenis Mitsubishi Trition itu sudah dimilikinya sejak 6 tahun lepas dan banyak berjasa kepadanya.

Sudah enam tahun saya memiliki kereta itu.Banyak jasanya kepada saya. Sebab itu saya tidak menjualnya. Memang saya berharap mendapatkan semula kereta itu. Saya serahkan perkara itu kepada polis untuk menyiasat.

Bersabarlah Remy, mungkin ini salah satu ujian olehNya untuk anda. InshaAllah,  siapa tahu boleh dapat balik kereta kesayangan anda tu.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...