Dah 4 Bulan Adam Shahz Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’ – “Mungkin Ada Syarat Yang Dia Tak Setuju”

Hiburan

Dah 4 Bulan Adam Shahz Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’ – “Mungkin Ada Syarat Yang Dia Tak Setuju”

Kes berhubung tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon, Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa gagal menemui jalan penyelesaian.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor menangguhkan kes sebutan semula pada 14 April depan.

Advertisement

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani berharap agar proses mahkamah dipermudahkan untuk pihaknya dan pihak bekas isteri.

adam

Mungkin ada syarat-syarat yang pihak Fatin tak setuju, jadi kita akan teruskan untuk sebutan kes kali kedua.

Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sudah empat bulan tidak berjumpa dengan anaknya, Ivy Herra Sophia.

Kali terakhir jumpa oktober tahun lepas. Saya sendiri tak tahu dia berada di mana. Cuma dapat tahu bekas isteri dah hantar dia ke sekolah berasrama.

Sementara itu, Fatin enggan memberi sebarang kenyataan dan memilih untuk mengikut semua proses yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Saya tak nak bagi kenyataan yang akan makan diri. Tak ada apa yang saya nak cakap. Saya mahu menghormati pihak mahkamah.

Difahamkan, pelakon Tentang Bulan itu telah hadir ke Mahkamah bersama suami baharunya, Aliff Awang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami fatin afeefa
1 year ago

"Gunakan Akal Seolah-Olah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya" - Suami Fatin Afeefa Sempat Perli Adam Shahz?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...