Rabu lalu, pelakon kecil molek iaitu Sharifah Amani telah meraikan hari kelahiran yang ke-34 tahun.
Beliau yang memuat naik dua keping foto memaparkan wajahnya yang tidak dimamah usia itu sebagai tanda syukur.
“34. Syukur alhamdullilah.”
34. Syukur Alhamdulillah. ?? pic.twitter.com/fPdiRzomNN
— Sharifah Amani (@sharifahamani) June 10, 2020
Namun yang lebih menarik perhatian netizen adalah wajah Syarifah Amani yang tidak seperti wanita yang berumur 34 tahun, tetapi seperti belasan tahun!
Ramai warga maya tidak percaya aktres yang terkenal dengan filem Sepet itu sebenarnya sudah mencecah angka 30-an.
Selamat hari lahir buat Sharifah Amani, semoga sihat dan berbahagia selalu hendaknya!