Penyanyi lagu popular Janji Manismu, Aishah kini diibaratkan retak menanti belah berikutan rumah tangga kali ke-4 yang dibinanya sejak lima tahun lalu kini berantakan.
Berkongsikan mengenai perkara itu, Aishah memaklumkan bahawa dia sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan yang lalu.
Menganggap dia dan suami sudah tiada jodoh, Aishah meminta mereka di luar sana tidak bertanya apakah punca perpisahan rumah tangganya kali ini.
Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.
Dalam pada itu, Aishah juga enggan menuding jari kepada sesiapa mengenai soal perpisahannya bersama suami.
Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan kali ke-4 ini kekal hingga ke akhir hayat. Jadi usah ditanya apa puncanya.
Jelas Aishah, tujuan dia menceritakan mengenai kisah rumah tangganya kepada umum ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin mengelakkan fitnah.
Tambahnya, dia pernah memberi sedikit bayangan menerusi beberapa hantaran di media sosial Instagram sebelum ini dan pengakuan (mengenai perpisahan) itu dibuat kerana tidak mahu timbul fitnah jika ada orang melihat dirinya keluar bersama lelaki lain atas urusan kerja.
Tidak sedih mengenangkan rumah tangga yang dibina berantakan, Aishah berkata dia hanya akur dengan ketentuan dan takdir yang ditetapkan oleh Allah S.W.T terhadap dirinya.