Seperti diketahui ramai, hospital merupakan salah satu tempat yang penting, jadinya sudah semesti orang ramai mahukan keselesaan ketika menginap disana ataupun memikirkan keselesaan ahli keluarga.
Bagaimanapun, semalam tular di platform Twitter dimana seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati apabila masih ada sesetengah hospital kerajaan ketinggalan zaman biarpun sudah memasuk tahun 2022.
Menurut beliau, ada lagi hospital yang memakai kipas sehingga membuatkan pekerja di hospital susah untuk melakukan pekerjaan akibat kepanasan.
Entah la. As a tax payer, i feel upset tengok condition hospital zaman 2022 ni… office menteri sibuk upgrade bertukar2 furniture. Tapi hospital pun masih pakai kipas, wad rapat2… Staff hospital nak kerja pun susah. Dgn uniform diorng yg panas, cuaca panas. Come on la… pic.twitter.com/zfrKWybSqy
— Diza SCMD ?? ? (@dscmd_23) February 20, 2022
Dalam pada itu, dia turut sempat memerli pihak kerajaan kerana tidak mengambil endah tentang perkara ini biarpun sudah ramai yang mengadu.
Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, ramai turut berkongsikan kisah mereka berkaitan dengan kondisi hospital kerajaan yang dianggap ‘sedih’ hingga ada yang berkata itempat yang paling dhaif adalah hospital di negara kita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.