“Dah 2021, Harap Orang Lebih Terbuka Fikirannya..” Maria Tunku Sabri Ulas Isu Tidak Sensitif Namakan Masakan Dengan Kes Bunuh

Hiburan

“Dah 2021, Harap Orang Lebih Terbuka Fikirannya..” Maria Tunku Sabri Ulas Isu Tidak Sensitif Namakan Masakan Dengan Kes Bunuh

Didakwa telah mempersendakan satu kes bunuh dengan menamakannya dengan nama masakan yang dihasilkannya, Maria Tunku Sabri dilaporkan telah menerima kecaman agak hebat daripada pengguna media sosial.

Maria Tunku SabriSumber : Instagram Maria Tunku Sabri  

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan personaliti itu sebagai tidak sensitif kerana menjadikan kes tersebut sebagai bahan senda gurauan di media sosial.

Advertisement

Tampil memberi ulasan mengenai insiden tersebut, Maria menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk mempersendakan kematian seseorang namun hanya ingin memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar berhati-hati dalam memilih suami, merujuk kepada kes yang dikongsikannya itu.

Ujarnya lagi, meletakkan dirinya sebagai bekas pembaca berita, dia merasa terpanggil untuk berkongsi apa-apa sahaja berita terkini yang berlaku dalam negara kepada para pengikut media sosialnya.

“Rata-rata pengikut saya ini sibuk dan tak sempat nak baca cerita, jadi dengan mengikuti laman Instagram saya, mereka dapat baca cerita-cerita yang sedang hangat berlaku dalam negara.”

Terdahulu, Maria didakwa telah menamakan masakannya sebagai ‘suami tembak isteri sumbat dalam tong sekali dengan sayur campur special’ yang dimuat naik di Instagramnya.

Perkara tersebut merujuk kepada sebuah kes jenayah yang membabitkan kematian tragis seorang wanita yang dibunuh suaminya sendiri yang berlaku di Kota Tinggi, Johor pada 5 Mac lalu.

Dalam pada itu, Maria menjelaskan bahawa dia mengetahui batas-batas gurauan dalam agama Islam dan sama sekali tidak bermaksud untuk mengcerca kejadian tersebut.

“Sekarang dah 2021, saya harap orang akan lebih terbuka fikirannya dan tidak lagi salah faham dengan entri yang saya muat naik di laman sosial.” ujarnya mengakhiri bicara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...