“Dah 2 Tahun Saya Jadi ‘Streamer’..” – Yana Samsudin Seronok Teroka Dunia Esport

Hiburan

“Dah 2 Tahun Saya Jadi ‘Streamer’..” – Yana Samsudin Seronok Teroka Dunia Esport

Pelakon Yana Samsudin kini sudah lebih dua tahun terbabit dengan dunia streamer atau penstriman permainan video atas talian.

Yana atau nama sebenarnya Norliana binti Samsudin yang menjadi antara wanita terawal terbabit dalam dunia eSport berkata, dia mula menyukai karier baharunya yang dilihat lebih mencabar dan menyeronokkan.

Advertisement

Menurut Yana, 37, pejam celik sudah dua tahun dia menjadi streamer dan membuat content game. Dia turut mengakui streaming bukan hanya online dan main game, tetapi sudah seperti stesen TV kerana harus menjadi director, technician, fikir content dan sebagainya.

Sebenarnya saya ada kolaborasi dengan Facebook gaming, ada talent network. Selain bergelar pelakon, menjadi seorang streamer juga merupakan karier baru saya.

Pelakon Bini-Biniku Gangster itu berkata dalam industri stream dia adalah antara selebriti wanita yang awal terlibat dalam industri tersebut.

Nak kata otai tu lebih kurang otai la juga, dalam komuniti streamer kebanyakkan mereka datang daripada pelbagai bidang tapi tak banyak orang industri kita.

Perkongsian Yana itu dilakukan secara IG Live menerusi laman Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

BACA: Kakak Antara Dijangkiti, 12 Ahli Keluarga Yana Samsudin Disahkan Positif COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...