Anak kepada pelakon Ummi Nazeera, Ayra Aneesah,3, khabarnya telah menjalani pembedahan bagi menjahit luka di bahagian dagu yang terbelah, pagi ini.
Ujar Ummi, dagu Ayra telah mengalami kecederaan kerana anaknya itu bermain terlalu lasak sehingga menyebabkan si kecil itu terjatuh.
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin,31, turut berkongsi foto anaknya yang kini berada di hospital untuk tatapan peminat.
Semalam main lasak sangat sampai jatuh. Dagu terbelah. So kena jahit pagi ini. Tolong doakan Ayra Aneesah please. Semoga Allah permudahkan pembedahan ini. Ameen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mendoakan agar Ayra cepat pulih dan pembedahan itu berjalan dengan lancar serta dipermudahkan urusan.
Sekadar info, Ummi telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.