October 26th, 2020

Bintang yang kembali menyinar menerusi program Gegar Vaganza musim ke-7, Ayu Damit menyangkal dakwaan netizen yang mendakwa dirinya menjalani suntikan kosmetik di bahagian dagu untuk kelihatan lebih runcing.

Menurut Ayu, dia sebaliknya mengalami alergi makanan yang teruk sehingga menyebabkan dagunya membengkak selepas kerap menggaru.

Dalam pada itu, Ayu berkata dia pernah menjelaskan sebelum ini kepada peminat mengenai isu tersebut.

“Saya pernah maklumkan sebelum ini, saya ada alergi dan dagu saya sedikit membengkak. Ia terjadi selepas saya makan makanan yang menyebabkan gatal dan bawah dagu saya terluka. Lebih teruk apabila saya memakai tudung dan bergesel di tempat alergi itu,”

Sebelum ini, tular di media sosial twitter apabila ada dakwaan daripada netizen yang mengatakan wajahnya sedikit berbeza dan dituduh menjalani rawatan kosmetik pada bahagian dagu.

Ayu kemudiannya turut menasihati netizen supaya fokus kepada kualiti nyanyian dan persembahannya sepanjang GV7 dan sentiasa bersangka baik dan tidak melulu-lulu apabila membuat spekulasi yang tidak berasas mengenai sesuatu.

Sekadar info, Ayu telah mendapat kedudukan pertama pada konsert minggu ketiga GV7 menerusi lagu Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta).


One response to “Dagu Nampak Runcing, Ayu Damit Dituduh Buat Suntikan Kecantikan,-“Saya Ada Alergi Yang Teruk..”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...