Daging Masih Dijual Ikut Harga Lama, Peniaga Tersepit Antara Untung Dan Rugi

Trending

Daging Masih Dijual Ikut Harga Lama, Peniaga Tersepit Antara Untung Dan Rugi

Kecoh kebelakangan ini mengenai isu barang basah yang dikatakan naik mendadak dan berbeza dengan harga yang sudah ditetapkan SHMMP sehingga mengundang kecaman ramai pihak.

Hasil selidikan, rata-rata peniaga daging lembu tempatan dan sejuk beku import masih menjual mengikut harga lama dan tidak mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang dikuatkuasakan semalam.

Advertisement

Menurut peniaga, Muhammad Lukman Ibrahim, 32, mereka terpaksa berbuat demikian dengan menjual pada harga RM40 sekilogram kerana harga yang dijual oleh pembekal terlalu tinggi iaitu mencecah RM38.

Harga jualan itu lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam SHMMP 2021 iaitu RM34 sekilogram bagi daging lembu tempatan.

“Macam mana kami nak ikut harga yang ditetapkan pihak kementerian sedangkan harga yang dijual oleh pihak pembekal adalah lebih tinggi daripada harga yang disenaraikan dalam SHMMP 2021”

“Kalau kami ikut harga yang ditetapkan, kami akan rugi”

Mereka juga perlu mengambil kira tentang bayaran sewa, gaji pekerja serta kos-kos yang lain.

Muhammad Lukman berkata, mereka hanya dapat mengikut harga siling yang ditetapkan pihak kerajaan sekiranya pihak pembekal menurunkan harga jualan mereka.

“Ini tidak, harga naik mendadak sejak awal tahun lalu setiap minggu. Ini jadi buat masalah buat peniaga seperti kami, pembeli akan kata harga daging lembu tempatan mahal tapi kami tidak ada pilihan lain”

harga daging

“Kami amat berharap pihak kerajaan campur tangan dan pantau harga yang ditetapkan pihak pembekal. Kalau pembekal dapat turunkan harga, baru kami dapat jual mengikut harga siling.

Disebabkan musim perayaan, mereka sanggup naik harga kerana tahu permintaan tinggi untuk menyambut hari raya. Jangan tahu minta peniaga sahaja kawal harga tapi pihak pembekal bebas jual ikut harga mereka.

Pendapat sama turut disokong seorang lagi peniaga, Mohd. Nadzri Ahmad, 41, yang menegaskan mereka bukan sengaja tidak mengikut harga siling ditetapkan tetapi harga itu lebih rendah daripada harga yang dijual oleh pembekal.

Katanya, keadaan turut sama berlaku bagi daging sejuk beku import yang dijual pada harga tinggi hingga mendesak peniaga untuk turut menaikkan harga jualan.

“Memang mereka jual daging sejuk beku rendah daripada harga borong yang ditetapkan pada kadar RM18, bezanya hanya berapa puluh sen sahaja iaitu lebih RM17 sekilogram.

Nak salahkan siapa ni? Peniaga pun nak untung..

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...