Penyanyi dan pelakon, Dari menjelaskan dirinya tidak terkesan dengan isu membabitkan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini berdepan tindakan undang-undang membabitkan jumlah wang yang besar.
Menurut sumber, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata dia menghormati ruang kerja bapanya dan lebih selesa mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam sebarang hal berkaitan politik.
Saya harap semuanya dapat selesai dengan baik dan tenang. Harapnya keadaan akan kembali normal secepatnya. Secara jujur, bukan cakap besar tapi situasi itu tak beri kesan pada saya.
Saya berterima kasihlah kepada semua yang di luar sana sebab masih ada rasa hormat dan faham yang itu bahagian kerja dia. Saya ada kerjaya sendiri dan tak patut kaitkanlah secara direct selalu.
Berkongsi lanjut, penyanyi itu mengakui dia sememangnya mengelak untuk terlibat dalam perbincangan berkaitan politik.
Saya memang tak pernah komen, jarang-jarang sangatlah nak bercakap pasal politik. Tak pernah kot. Saya tak pernah babitkan diri saya dengan bidang itu sebab ada kesedaran diri, itu bukan bidang saya.
Jadi siapa saya untuk bersuara? Daripada itu mungkin bila berlaku benda-benda macam ni, tak sampai tahap membebankan sayalah.
Kata Dafi, masyarakat kini juga dilihat semakin faham akan pendiriannya yang enggan mengulas mengenai sesuatu perkara yang bukan dalam bidangnya.
Saya cuma sokong dia sebagai seorang anak. Itu saja peranan saya. Dia tak pernah halang untuk saya bersuara.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai berjumlah lebih RM169 juta dalam pelbagai mata wang tempatan dan asing milik Ismail Sabri.