Written by Irsa | November 19th, 2019

Semua mengetahui bahawa rumah tangga Lufya Omar dan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum sedang bergolak kencang. Kebanyakan netizen nampaknya lebih berpihak kepada selebriti wanita itu selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu sering bertindak kasar terhadapnya sepanjang perkahwinan mereka.

Selepas pendedahan itu, Lufya turut menyampaikan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang doktor itu telah melafazkan cerai menerusi aplikasi Whatsapp. Namun, lain pula jadinya apabila Che Muhammad Hafiz tidak mahu meneruskan dengan penceraian tersebut semasa prosiding kes di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari kelmarin.

suami lufya dikecam tidak endah teriakan anaknya

Pun begitu, netizen mula mempersoalkan kredibiliti lelaki itu sebagai seorang ayah selepas menonton sedutan video yang dimuat naik oleh portal mStar selepas prosiding di mahkamah tamat.

Anak itu dilihat terpaksa ditarik oleh Lufya daripada terus mengejar ayahnya yang dengan pantas menuju ke keretanya sambil ditemani oleh beberapa orang bodyguard.

Lelaki itu tidak menghiraukan langsung teriakan anak perempuannya, Laana Haura yang berulang-ulang kali memanggil, “Daddy! Daddy!”.

Kebanyakan netizen yang melihat sedutan video itu terus mencerca dan mengkritik Che Muhammad Hafiz kerana tidak pandang langsung ke arah anaknya itu. Bahkan dia lebih sibuk mencari kenderaannya dan cuba mengelak daripada berinteraksi dengan pihak media.

suami lufya dikecam tidak endah teriakan anaknya

Sampai hati, suami Lufya sanggup tak endahkan langsung seperti itu. Bayangkan betapa sedihnya Laana Haura apabila melihatkan ayah kandungnya sendiri walhal dia tidak mengerti dengan situasi yang sedang berlaku.

Sumber: mStar Online

22 responses to “Daddy! Daddy!” – Suami Lufya Dihentam Netizen Kerana Tidak Hiraukan Langsung Teriakan Anaknya

  1. kakikucinghitam says:

    seriously lu lg sakit dr alif aziz weeiiiii. alif aziz needs help u need penampo… why tak nak cerai because ofcoz u want to mental torture first.

  2. Anonymous says:

    Muka die sebijik mcm membe skola rendah aku,ala2 pondan

  3. Anonymous says:

    BANGANG

  4. Anonymous says:

    lelaki mcm ni mmg babi

  5. amira says:

    serius, laki dia ni mmg trash. Anak tu panggil, boleh kau buat tak tahu jer. Sampah!!

    Jadah lah nak bodyguard bagai. Kau bukan sesiapa pon. Poodah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini