“Daddy! Daddy!” – Suami Lufya Dihentam Netizen Kerana Tidak Hiraukan Langsung Teriakan Anaknya

Hiburan

“Daddy! Daddy!” – Suami Lufya Dihentam Netizen Kerana Tidak Hiraukan Langsung Teriakan Anaknya

Semua mengetahui bahawa rumah tangga Lufya Omar dan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum sedang bergolak kencang. Kebanyakan netizen nampaknya lebih berpihak kepada selebriti wanita itu selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu sering bertindak kasar terhadapnya sepanjang perkahwinan mereka.

Selepas pendedahan itu, Lufya turut menyampaikan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang doktor itu telah melafazkan cerai menerusi aplikasi Whatsapp. Namun, lain pula jadinya apabila Che Muhammad Hafiz tidak mahu meneruskan dengan penceraian tersebut semasa prosiding kes di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari kelmarin.

Advertisement

suami lufya dikecam tidak endah teriakan anaknya

Pun begitu, netizen mula mempersoalkan kredibiliti lelaki itu sebagai seorang ayah selepas menonton sedutan video yang dimuat naik oleh portal mStar selepas prosiding di mahkamah tamat.

Anak itu dilihat terpaksa ditarik oleh Lufya daripada terus mengejar ayahnya yang dengan pantas menuju ke keretanya sambil ditemani oleh beberapa orang bodyguard.

Lelaki itu tidak menghiraukan langsung teriakan anak perempuannya, Laana Haura yang berulang-ulang kali memanggil, “Daddy! Daddy!”.

Kebanyakan netizen yang melihat sedutan video itu terus mencerca dan mengkritik Che Muhammad Hafiz kerana tidak pandang langsung ke arah anaknya itu. Bahkan dia lebih sibuk mencari kenderaannya dan cuba mengelak daripada berinteraksi dengan pihak media.

suami lufya dikecam tidak endah teriakan anaknya

Sampai hati, suami Lufya sanggup tak endahkan langsung seperti itu. Bayangkan betapa sedihnya Laana Haura apabila melihatkan ayah kandungnya sendiri walhal dia tidak mengerti dengan situasi yang sedang berlaku.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...