Cyberjaya Bakal Jadi Bandar Pintar Pertama Menikmati Kelajuan Internet 5G Di Malaysia

Trending

Cyberjaya Bakal Jadi Bandar Pintar Pertama Menikmati Kelajuan Internet 5G Di Malaysia

Satu perkhabaran menarik dan gembira untuk warga Cyberjaya apabila berjaya menjadi bandar pintar pertama yang bakal menikmati kelajuan internet 5G.

Advertisement

Cyberjaya bakal menjadi bandar pintar pertama di Malaysia menerima kemudahan teknologi 5G selepas termeterainya memorandum persefahaman (MoU) di antara Cyberview Sdn Bhd dengan SK Holdings Co Ltd dan SK Telecom Co Ltd.

Difahamkan, bandar Cyberjaya dipilih berdasarkan berpotensi yang ada di bandar ini untuk menjadi hub kemajuan dalam bidang yang memerlukan internet yang berkelajuan tinggi.

Dengan menggunakan teknologi terbaru dari sebuah syarikat dari Korea Selatan ini, para pengguna di Cyberjaya berpeluang mendapat kelajuan internet yang tinggi tidak lama lagi.

Internet 5G membolehkan setiap pengguna menerima kelajuan sehingga 10 Gbps, berbanding internet 4G yang cuma menyokong sehingga 100 Mbps sahaja.

Walaubagaimana pun, projek pembangunan internet berkelajuan 5G ini masih dalam proses pembangunan dan akan mula ditawarkan kepada para pengguna di sekitar Cyberjaya pada akhir tahun ini.

5G atau rangkaian mudah alih generasi kelima adalah teknologi baharu yang bakal menggantikan teknologi 4G, yang mula diperkenalkan pada 2009, dengan 100 kali lebih laju daripada 4G.

Tahniah diucapkan kepada warga Cyberjaya yang bakal menjadi pengguna terawal menggunakan kemudahan ini. Beruntungnya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...