Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid. Ini semua adalah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berjalan selama tiga bulan sebelum ini.
Pindaan ini juga terbahagi kepada dua kumpulan mengikut neger-negeri yang terlibat. Kumpulan A adalah untuk sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B bagi sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Cuti Akhir Tahun bagi sekolah-sekolah negeri dalam Kumpulan A telah dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari.
Bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan B pula telah dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.
Jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah. Bagi murid selain Tingkatan 5 dan 6, bilangan hari pembelajaran di rumah bergantung apabila mereka sudah kembali semula ke sekolah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.