Cuti Panjang Raya Ni? Jom Book Tiket Ke Genting SkyWorlds & Tempat Tarikan Lain Dengan Klook!

Branded

Cuti Panjang Raya Ni? Jom Book Tiket Ke Genting SkyWorlds & Tempat Tarikan Lain Dengan Klook!

“Aku bosanlah raya ni, jom gi jalan jauh sikit”

Mengaku cepat siapa macam ni, raya pertama dengan kedua je berkumpul dan ziarah ahli keluarga. Lepas tu, mulalah macam cacing kepanasan nak ‘beraktiviti’.

No worries, kami faham sangat perasaan tu. Jadi sempena raya ni, selain berkunjungan kami cadangkan anda untuk buat aktiviti yang fun dengan famili dan cousin. Kan dah lama tak jumpa!

Tak tau nak pergi mana? Haa… Ni biar BeautifulNara  bagi rekomendasi, tapi syarat pertama anda kena muat turun aplikasi Klook. Dengan aplikasi ni, anda boleh menikmati diskaun eksklusif dan untuk pengguna baru pula boleh dapat diskaun 10 peratus.Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Paling best, tiket yang dijual di Klook ni lagi murah tau, malah anda tak perlu nak beratur pun!

1. Taman Tema Luar Genting SkyWorlds

Klook (Genting Skyworld)Sumber : FIRDAUS LATIF  

Sejak mula dibuka sehingga sekarang, Genting SkyWorlds menjadi tarikan utama rakyat Malaysia menghabiskan masa di Genting Hinglands.

Mana tidaknya, Taman Tema Luar Genting SkyWorlds menawarkan 9 dunia bertema yang unik (Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town, Ice Age) di kawasan seluas 26 ekar dengan 26 permainan dan tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Klook (Genting Skyworld)

Untuk anda yang gemarkan aktiviti mencabar diri dan graviti, jangan lepaskan peluang untuk mencuba permainan paling menggerunkan di Genting SkyWorlds ni iaitu Terraform Tower Challenge. Rasa nak gugurlah jantung bila naik!

Kami nak ingatkan lepas beli tiket korang jangan lupa untuk muat turun aplikasi Genting SkyWorlds, sebab nak main permainan ni korang boleh booking slot dan tengok ramai tak orang tengah queue. Selain tu dengan aplikasi ni korang boleh akses kepada Photo+ percuma (muat turun & kongsi foto digital tanpa had).

KLIK SINI untuk tempat tiket ke SkyWorlds Genting, Pahang.

2. ESCAPE Theme Park, Penang

Escape Penang Klook)

ESCAPE Theme Park sangat terkenal sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness kerana mempunyai Tiub Gelongsor Air Terpanjang di dunia. 

Selain itu, ESCAPE Park turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dicuba seperti zip line, gelongsor di celahan hutan, aktiviti ekstrem, 38 jenis gelongsor air dan banyak lagi.

Kalau anda rasakan sehari tu singkat untuk melakukan banyak aktiviti, anda boleh membelil Tiket Klook Eksklusif 2 Hari 1 malam, dengan Pakej Pengalaman Base Camp Bundle untuk bermalam di ESCAPE. 

Nikmati suasana taman kontemporari dengan latar belakang persekitaran semula jadi yang menakjubkan di Malaysia. Kalau pergi dengan famili dan cousins gerenti best gila!

KLIK SINI untuk tempat tiket ke ESCAPE Theme Park, Penang.

3. Sunway Lagoon, Kuala Lumpur

Klook (Sunway Lagoon)Sumber : PhalinnOoi  

Menawarkan sehingga 90 permainan dan tarikan yang tak boleh dilepaskan, Sunway Lagoon merupakan ‘syurga’ keriangan di tengah ibu kota!

Antara tarikan yang popular di sini ialah Vuvuzela Monsoon 360, Jungle Fury, Pirates Revenge, dan banyak lagi. Korang juga boleh terokai 6 zon bertema seperti Nickelodeon: Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Wildlife Park, and Extreme Park. Best tu!

Bagi pencinta haiwan Sunway Lagoon mempunyai Wildlife Park yang menawarkan lebih daripada 150 spesies haiwan dengan pelbagai habitat. Sambil main air boleh melawat haiwan, kira 2 dalam 1 la. 

Bagi sesiapa yang nk pergi waktu puncak seperti cuti umum, jangan lupa ambil ambil Quack Express untuk mendapatkan akses pantas menaiki permainan dan tarikan yang terpilih.

KLIK SINI untuk tempah tiket ke Sunway Lagoon.

4. Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor

Klook (Dessaru Waterpark)

Bagi yang pulang beraya di selatan, anda boleh Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor untuk mengisi keriangan di hari raya ini.

Istimewa tempat ini, ia merupakan taman air yang mempunyai salah satu kolam gelombang buatan manusia terbesar di dunia. Adventure Waterpark Desaru Coast mempunyai banyak permainan dan gelongsor air dengan tahap ekstreme yang berbeza untuk semua lapisan umur. So, memang seronok kalau pergi dengan famili or kawan yang ada anak-anak kecil tu, sebab semua boleh enjoy!

Kalau anda beli tiket di Klook, anda boleh menikmati promosi eksklusif Klook yang menawarkan kopi dan ais krim percuma serta diskaun 10 peratus retails. Tertakluk terma & syarat dan sementara stok masih ada.

KLIK SINI untuk tempah tiket ke Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor.

5. Aquaria KLCC, Kuala Lumpur

Klook (Aquaria)

Sukakan tempat yang lebih santai dan indoor? Jom ke Aquaria KLCC. Di sini terdapat lebih 150 spesies hidupan air yang korang boleh tengok depan mata. Paling menarik bila menelusuri terowong sepanjang 90 meter sambil menyaksikan ikan berenang bebas di sekeliling korang. Kalau orang dewasa yang tengok pun terleka, apatah lagi kanak-kanak.

Bukan setakat melihat hidupan air, di Aquaria KLCC juga terdapat pelbagai pameran unik untuk memberi ilmu baru kepada pengunjung seperti Touch Pool, Evolution Zone, Jewels of the Jungle, dan banyak lagi!

KLIK SINI untuk menempah tiket ke Aquaria KLCC.

6. Zoo Negara, Kuala Lumpur

Zoo Negara (Klook)Sumber : The Star  

Satu lagi aktiviti yang anda boleh lakukan bersama anak-anak kecil ialah melawat Zoo Negara. Dengan keluasan 110 ekar korang dapat menyaksikan lebih daripada 5,137 haiwan dari 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan.

Jangan lepaskan peluang melihat panda gergasi Malaysia yang terkenal dengan kecomelannya iaitu Xing Xing dan Liang Liang, di Pusat Panda, Zoo Negara.

Nak lagi adventure cuba pengalaman memberi makan kepada haiwan dan jangan lupa check waktu untuk tak terlepas menyaksikan pertunjukkan Singa Laut/Macaws yang menghiburkan.

KLIK SINI untuk menempah tiket ke Zoo Negara.

Raya ni, Klook Je!

Promosi KLOOK

Selain buat aktiviti yang menghiburkan, waktu raya ni juga merupakan masa ramai orang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti. Anda tau tak, yang anda juga boleh mencari hotel idaman di Klook? Wow, senangnya dengan Klook. Semua ada, dalam satu aplikasi je!

Bukan itu saja tau, untuk ahli yang baru muat turun aplikasi Klook ni anda layak untuk menikmati diskaun 10 peratus tau menggunakan promo kod MEMBERBARU10.

Nak pergi bercuti? Ni hotel yang korang WAJIB cuba!

Kami tau ramai yang ambil peluang cuti panjang hari raya ni untuk pergi bercuti kan? Haa.. Ni kami nak kongsi pula menarik yang anda boleh tempah untuk penginapan idaman korang.

1. Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur

Klook (Berjaya Times Square)

Hotel 5 bintang yang terletak di tengah ibu kota ni memudahkan korang untuk meneroka tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Malah ia juga terletak di bersebelahan dengan pusat membeli-belah tumpuan. Best tu, sambil bercuti boleh shopping!

2. The Haven Resort Hotel, Ipoh

Klook (The Haven Resort)

Dengan keindahan alam semula jadi yang memukau, korang pasti akan menemui keinginan yang korang impikan di The Haven Resort Hotel yang terletak di Perak ni. Orang kata tempat ni memang wajib cuba untuk pencinta nature tu. Jom book sekarang!

3. Royale Chulan Damansara

Klook (Royale Chulan)

Terletak 15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan kawasan menarik sekitar Damansara. Royale Chulan merupakan hotel yang memberikan korang peluang untuk ‘escape’ bagi mendapatkan ‘me time’ atau ‘family time’ yang pasti tak korang tak dapat lupakan.

4. Hotel Eastin Kuala Lumpur

Klook (Eastin Kuala Lump[ur)

15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, Hotel Eastin menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang dengan pilihan 5 tempat makan. Selain itu, kolam renang ‘outdoor’ nya memberikan korang pengalaman berenang sambil menyaksikan keindahan kota raya.

5. Camar Resort Langkawi

Klook (Camar Resort)

Bercuti ke Langkawi masa raya? Macam menarik kan? Haaa.. Kalau korang tak tau nak menginap di mana, korang boleh ke buat tempahan di Camar Resort Langkawi. Bayangkan sampai je hotel, korang akan disambut dengan kolam renang dan juga keindahan pantai ‘private’. Sesuai sangat untuk korang yang nak honeymoon yang lebih privasi.

Jom raya all out raya tahun ni dengan mengunjungi pelbagai tarikan di Malaysia. Kalau anda nak tau tempat menarik berdekatan kawasan anda, muat turun aplikasi Klook sekarang di Play Store dan App Store sekarang. 

Nikmati lebih banyak diskaun eksklusif, potong ‘queue’ beratur beli tiket dan paling penting transaksi atas talian yang pantas dan selamat. Untuk maklumat lanjut mengenai Klook layari www.klook.com.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.