Cuti Bersalin Swasta 90 Hari: “Saya Tidak Bantah, Cuma Bimbang, Ulas Christy Ng”

Trending

Cuti Bersalin Swasta 90 Hari: “Saya Tidak Bantah, Cuma Bimbang,  Ulas Christy Ng”

Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata, majikan swasta perlu mematuhi perkara itu yang dibentangkan semasa Belanjawan 2020 semalam.

Sekiranya sektor awam boleh melaksanakannya mengapa tidak sektor swasta.

Advertisement

Beliau berkata cuti bersalin selama 90 hari perlu dilaksanakan sebagai mengikuti standard antarabangsa walaupun pelaksanannya akan dimulakan pada 2021.

Negara kita perlu mengikut ‘international standard’ dan mana-mana syarikat yang enggan melaksanakannya akan dikenakan tindakan.

 

Tetapi sebelum ini usahawan Christy Ng, telah disalah tafsir dengan menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menaikkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.
Christy Ng

Menurut Christy, beliau menafikan membantah langkah kerajaan meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 ke 90 hari.


Sebaliknya, pengasas jenama Christy Ng Shoes itu hanya menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib pekerja wanita apabila langkah itu dilaksanakan.

Kerana pandangan Christy sebelum ini, netizen tidak bersetuju dan mengecam tindakan beliau. Ada juga diantara mereka yang kecewa dengan pandangan yang diberikan beliau pada hari itu.

Terdapat 70 peratus pekerja wanita di syarikat saya, sudah tentu saya menyokong langkah positif ini.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah langkah ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati kerana mengikut pengalaman, saya melihat ramai wanita terlepas peluang dalam sektor pekerjaan dan jawatan besar kerana situasi ini.

 

Ramai majikan lebih gemar mengambil lelaki bekerja dengan mereka, terutama untuk jawatan seperti CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) atau CFO (Ketua Pegawai Kewangan). Ini tidak susah difahami kerana bagi mereka, agak sukar mengambil wanita sebagai teraju jika mereka akan bercuti bersalin selama tiga bulan.

Ketika menjadi tetamu program khas Belanjawan 2020 di Astro AWANI pada Jumaat, Christy berkata, langkah kerajaan meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021 mungkin merugikan pekerja itu daripada segi perjawatan.

Sehuhubungan itu, Christy berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mencari mekanisme terbaik untuk membantu wanita mengadaptasi dengan cepat dengan kehidupan baharu selepas bersalin.

Antara yang harus ditekankan, kata beliau, tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak perlu dipikul sama rata antara suami dan isteri.

Saya rasa lebih bagus jika cuti paterniti dipanjangkan supaya kaum lelaki boleh turut sama memikul tanggungjawab, bukannya meletakkan sepenuhnya kepada golongan wanita.

Kita juga perlu mengambil kira usahawan kecil dan sederhana yang mungkin tidak mampu menguruskan perniagaan apabila ada pekerja yang perlu bercuti selama tiga bulan.

Mereka mungkin tidak meluahkan kegusaran mereka, tetapi mereka akan memilih opsyen yang paling mudah, iaitu menggajikan pekerja lelaki.

Apa pandangan anda mengenai cuti bersalin 90 hari yang akan diberikan kerajaan pada tahun 2021?

 

Sumber: Twitter, Astro Awani, Instagram

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...