“Cutenya! Tak Pernah Terfikir Pun..” Peminat Teruja Zahirah Macwilson Tunjuk Ajar Cara Pakai Jeans Buat Ibu Hamil

Hiburan

“Cutenya! Tak Pernah Terfikir Pun..” Peminat Teruja Zahirah Macwilson Tunjuk Ajar Cara Pakai Jeans Buat Ibu Hamil

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson baru-baru ini ada memuat naik video tutorial bagaimana cara memakai seluar ‘jeans’ yang masih muat di bahagian peha tapi tidak dapat membutangkannya di bahagian perut menerusi ruangan Instagram miliknya.

Ternyata, perkongsian tersebut telah menarik perhatian peminat yang rata-rata teruja dengan tutorial tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji kecantikan Zahirah yang dilihat semakin berseri dari hari ke hari mungkin kerana seri ibu mengandung.

Dia yang menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris berkata tempoh kehamilan dalam minggu ke-18 dan 24 merupakan minggu yang janggal kerana dalam waktu itu bentuk badan semakin berubah kerana bayi yang semakin membesar di dalam perut.

“18-24 minggu merupakan tahap kehamilan yang agak janggal untuk badan saya. Tahap di mana saya tak nampak hamil sangat tapi kita tahu kita dah naik beberapa kilogram dan rasa membulat. Jadi saya guna cara ini untuk pakai jeans yang masih muat di bahagian peha tapi saya tak boleh butangkannya,”

Zahirah turut memberitahu yang dia hanya akan mula membeli baju ibu mengandung kerana dia tahu badannya akan semakin membesar dari hari ke hari.

Peminat yang mengikuti siaran video tersebut tampil meninggalkan komen dan turut mengucapkan terima kasih kerana perkongsian teknik yang diajar oleh pelakon itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...